PERBEZAAN VPS DAN WEB HOSTING

Teknologi pelayan peribadi maya (vps) membolehkan pelayan berdedikasi (dedicated server) membahagikan sumber (cpu, memory, ruang cakera dan jalur lebar). Keunikan vps ialah pemayaan yang berdikari dan membenarkan penggunanya memasang sistem operasi. Boleh dikatakan pelayan peribadi maya (vps) adalah pelayan dalam sesebuah pelayan.

SISTEM PEMAYAAN

OpenVZ (Open Virtuozzo) adalah sistem pemayaán pelayan yang berkongsi kernel dimana asasnya adalah overselling, memori yang tidak terpakai pada satu vps dikongsi dengan vps lain yang sama pelayan.

Perbezaan Vps Dan Web Hosting Malaysia
Capaian root

Kelebihan beban pada satu pelayan peribadi maya (vps-OpenVZ) boleh menjejaskan vps lain, agak sama dengan web hosting akan tetapi memiliki keupayaan bina sistem operasi sendiri dan capaian root.

KVM (Kernel Virtual Machine) adalah sistem pemayaán pelayan dimana pembahagian blok vps dibuat secara kekal. Memori yang tidak terpakai pada satu vps tidak dikongsi dengan vps lain yang sama pelayan.

ADAKAH IANYA SAMA DENGAN WEB HOSTING?

Web hosting perkongsian dibina pada sebuah pelayan peribadi maya (vps) ataupun sebuah pelayan berdedikasi (dedicated server). CPanel, Plesk, Webmin dan lain-lain merupakan perisian yang diguna untuk membangunkan web hosting perkongsian.

Kesamaan vps dengan web hosting (perkongsian) ialah sama-sama berkongsi pelayan. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan yang ketara pada kedua jenis ini. Vps adalah teknologi berdikari memiliki capaian root membenarkan penggunanya memasang sistem operasi, web hosting adalah teknologi yang memiliki keupayaan buat pengguna untuk berkongsi sumber pada pelayan. Capaian pengguna web hosting terhad pada direktori penggunanya, tiada capaian root untuk menguruskan sistem operasi.

Sistem pelayan peribadi maya (vps) berdikari, sebarang kesilapan konfigurasi vps tidak menjejaskan vps lain yang sama pelayan. Pengguna web hosting pula berkongsi sebuah sistem yang mana apabila terjadi kesilapan pada satu akaun boleh menjejaskan semua pengguna hosting. Kelebihan beban cpu dan memori adalah masalah yang selalunya terjadi pada web hosting. Masalah ini disebabkan cpu dan ram perlu bekerja untuk semua akaun. Walaupun terdapat perisian yang membolehkan pentadbir menghadkan penggunaan cpu dan memori masalah ini akan menjejaskan kesemua website menjadikan ia perlukan lebih masa untuk dimuat pada pelayar web, lebih parah ianya boleh akibatkan laman web gagal dilayari.

PANEL KAWALAN

Panel kawalan pelayan peribadi maya (vps) memiliki keupayaan menutup dan memulakan pelayan serta memasang sistem operasinya. Terminal ssh diguna untuk mencapai root dan memasang pelbagai perisian sokongan seperti pelayan web http (Apache, Nginx, Litespeed dan lain-lain), pelayan pangakalan data (MariaDB, MySQL,MongoDB dan lain-lain) bahasa pengskripan (php,python) dan lain-lain.

Melalui ssh pentadbir boleh juga memasang perisian cPanel, plesk dan panel kawalan hosting lain.

Panel kawalan web hosting memeiliki keupayaan keatas akaun penggunanya, tiada capaian root, pelayan web http dan pelayan pangkalan data menggunakan apa yang telah disediakan oleh pentadbir. Pengguna boleh membangunkan pelbagai platfom menggunakan perisian yang telah terpasang pada pelayan tersebut.

CPanel, Cyberpanel, Plesk, VestaCP Webmin merupakan perisian panel kawalan hosting yang ramai penggunanya.

Vps control panel
Panel kawalan vps - Virtualizor

PERLUKAH NAIK TARAF DARI WEB HOSTING KEPADA VPS?

Dibawah adalah beberapa pertimbangan menaik taraf web hosting kepada pelayan peribadi maya (vps);.

KESTABILAN

Ciri-ciri web hosting yang berkongsi memori dan cpu boleh menyebabkan kelebihan beban pada pelayan, masalah ini boleh menyebabkan masa pemuatan website lebih lama. Lebih parah apabila website memaparkan mesej kesilapan web (Internal Server Error) dan gagal diakses.

KEPANTASAN

Tiada pengguna lain yang akan memberi beban pada cpu dan memori memastikan masa pemuatan website lebih singkat.

KESELAMATAN

Keselamatan sebuah tempat (bilik) lebih dijamin apabila pemegang kunci sahaja yang memiliki akses masuk kebilik tersebut.

TIADA SPAM

Umpama ada rakan kongsi bilik seperti itulah keadaan web hosting perkongsian, menempati bilik secara peribadi adalah lebih terjamin kebersihan tempat tersebut.

SEO

Keempat faktor tersebut diatas boleh mengacu pada seo, laman web yang stabil dan memiliki kepantasan merupakan salah satu faktor utama seo. Manakala pelayan yang diragui keselamatanya disebabkan terdapat skrip jahat (virus) dan spam akan mendapat penalti yang boleh manjatuhkan seo.

PERBEZAAN VPS DAN WEB HOSTING

Teknologi pelayan peribadi maya (vps) membolehkan pelayan berdedikasi (dedicated server) membahagikan sumber (cpu, memory, ruang cakera dan jalur lebar). Keunikan vps ialah pemayaan yang berdikari dan membenarkan penggunanya memasang sistem operasi. Boleh dikatakan pelayan peribadi maya (vps) adalah pelayan dalam sesebuah pelayan. SISTEM PEMAYAAN OpenVZ (Open Virtuozzo) adalah sistem pemayaán pelayan yang berkongsi kernel dimana […]

Seterusnya >>
PakarVPS.com